21 February 2011

.:luah kat sini sudeh:.

Syahadan

aku suka betul review blog awek ni...serius dowh..salah satu sebabnya ialah, aku dapat cuci mata...haha..tapi nak buat cemana...awek yang sorang ni dah berpunya...jadik, boleh layan blog dia jek la...takpela..layan blog pun i rela..aww~~..haha...lionteen ni boleh dikira sebagai blogger yang agak konsisten...ada masa dia kongsi perasaan, ada masa dia kongsi cerita-cerita menarik dalam hidup dia, ada masa dia cerita pasal pendapat dia pasal satu-satu isu...ni no offense ek lionteen...tapi genre blog dia ni agak typical...ramai yang buat stail cenggini...tapi apa yang buat entri dia ni outstanding sampai aku follow?jap lagi aku cerita...

asal aku kenal blog lionteen ni dari blog YanaMIB...aku tengok minah ni rajin betul mengomen...sampai aku terpikir sape kah gerangan awek yang rajin sangat mengomen kat blog ketotol dak YanaMIB tu??so aku pun klik dan kaji entri dia dari mula sampai habis...tu memang perangai aku ek...aku memang baca satu blog tu sampai habis untuk tengok stail perkembangan penulisan...nampak kesungguhan lionteen ni nak berkongsi..which is aku sangat respect...

dari segi appearance, aku rasa ni dah kali ketiga dia tukor header semenjak aku follow blog dia...tu yang aku perasan la..yang aku tak perasan tu taktau...asalnya blog dia ni macam Yann Mazian gak...kejor nak jadik blog yang chantek...tapi lepas berpengalaman, dia dah mula nak ringankan blog dia..tukor header, tukor template...sampai jadik satu blog yang simple, kemas dan nice jek tengok..tak gelap cam KS ni...tak jugak mengganggu perasaan macam HHD...tak jugak bersepah macam kat GB...so, kalo korang masuk blog dia, first impression korang mesti "so nice..tak berserabut bijik mata tengok semua-semua"..

dah lepas tengok appearance, mesti kita nak baca entri dia lak kan?cara penulisan lionteen, senang cakap dia adalah budak Selangor...so, ayat yang dia guna memang stail moden, direct dan tak bersimpang-siur...kalo dia ceritakan apa-apa, kita baca sekali jek pun dah boleh faham...tu menunjukkan yang lionteen ni jenis yang tulis dari hati...senang kita nak faham apa yang dia nak sampaikan...dari pilihan entri dia, lionteen ada gak cerita pasal tips, ada gak cerita pasal isu semasa, ada gak cerita cintan cintun dia dengan endut dia(yang aku memang skip sebab nanti aku jeles takde endut)...dan dia memang cukup pandai buat entri dia tu bernada simple dan tak berat walaupun tajuk yang dia buat tu kalo bagi kat aku, memang aku dah buat orang sakit kepala baca...memang stail penulisan yang jujur...benda ni memang aku syorkan ko keep it up...just aku teringin sangat nak tengok ko buat entri yang mencabor skill penulisan ko ke tahap dewata raya...mungkin satu hari nanti dia akan buat...sebab aku tau lionteen ni memang ada potensi untuk menulis dengan cemerlang...aku rasa ko boleh beat brader Ben Ashaari la kalo ko upgradekan lagi stail tulisan ko yang dah sememangnya terer tu...tahniah ek untuk lionteen...

kerat senget: aku rekomen blog lionteen ni sebab stail dia yang simple dan tak berat...so bila kita baca, tak la rasa stress kepala..sentiasa nice dan buatkan aku tersenyum bila baca setiap entri dia..tambah lak dengan tuan blog yang ramah...kalo berminat, korang just klik jek gambor kat atas tu...

4 comments:

Anonymous said...

aduh.. aku rase mcm brade diawangan sekejap. giler la ko puji blog aku. mlmbung tggi. aduh.. xley nk stop gelak ni. btw, thx la review blog aku yg berkurap tu. wakaka. thx bro. cyg la bro mcm ni. wakaka

Along Tapa said...

lionteen

tu tak puji melambung tinggi tu lionteen..tu mengeluorkan potensi2 ko yang ada..

niesz said...

adik aku memang hebat bro..hahahaha...

Along Tapa said...

niesz

hehe...dia kena bayor kat ko ni niesz..langkah bendul blog dia keluor dulu..hihi...