30 June 2011

Tips untuk mula berblog

Syahadan

Mungkin dah lama aku tak menulis kat sini....sampai aku rasa macam terlupa kewujudan blog yang satu ni...aku pun rasa yang aku dah lama tak review blog orang kan??nanti-nanti la aku carik calon blog yang sesuai...sebab aku pun tak cukup masa nak blogwalking sekarang ni...sibuk kemain...ok...terus kepada tajuk...aku perasan ramai yang dah mula join blogging ni...tak kisahla yang memang komited, atau yang sekadar terikut-ikut...ramai yang kekal dan ada gak yang dah putus asa sebab tak dapat sambutan...even blog aku yang satu ni pun tak dapat sambutan sebab aku tak buat iklan kat mana-mana...jadik, hari ni aku nak bagi korang-korang yang baru melangkah atau bercadang nak mula berblog ni tentang langkah-langkah awal yang korang nak buat dalam blogging ni...orait??

  1. mula-mula, korang kena tau platform apa yang korang nak gunakan dalam blogging ni...kita ada banyak platform untuk dijadikan medium penulisan kita...blogger.com salah satu darinya...blogger.com ni pada aku ialah satu platform yang mudah nak digunakan...kalo korang sukakan blog yang nampak gempak dan maju, wordpress memang pilihan terbaik...actually, servis tu bergantung pada keselesaan masing-masing...tak kira la korang guna servis apa pun...
  2. bila korang dah ada site sendiri, korang kena fikirkan apa stail blog yang korang nak buat....carik kelebihan sendiri...ada yang cekap mencarik info tapi tak pandai menulis...so korang boleh buat stail blog ala-ala blogserius ataupun oh!media...kalo korang memang banyak idea nak menulis, korang boleh buat macam aku...menulis sepanjang-panjangnya...dan kalo korang tak reti menulis dan nak share pendapat, kita ada option untuk buat vlog kan??
  3. bila korang dah dapat konsep blog korang, korang kena tau apa yang korang nak share kan kat dalam blog korang..ramai yang kata, "aku just tulis apa yang terlintas kat kepala aku.."...actually tu pendapat masing-masing..tapi pada aku, setiap entri yang kita buat, kita kena ada perancangan teliti termasuk cara pengolahan, efek yang bakal kita terima dan apa kesannya pada pembaca...ni bagi mengelakkan kita buat entri yang syok sendiri dan jugak mengelakkan kita dari terlanggor sensitiviti sesetengah pihak....kita taknakla kena ISA semata-mata sebab kita just kongsi pendapat kita...betul tak??
  4. selain tu, bagi korang yang bercadang untuk menulis dalam setiap entri korang, make sure yang korang sentiasa rajin membaca...ni bagi mengelakkan kita buat statement yang kita rasa hebat tapi orang lain pandang kita macam orang takde otak....banyakkan baca dan berfikir sebelum share pendapat...sebab satu entri tu boleh jadik entri yang best bila kita selitkan beberapa fakta walaupun dengan cara yang mengarut sekalipun...
  5. dan bagi hiasan blog, pastikan blog korang kemas dan tak terlampau crowded dengan benda yang bukan-bukan...dan pastikan background korang tak menghalang pembaca dari membaca tulisan korang....ingat...orang berkunjung kat blog untuk membaca hasil tulisan korang...bukan untuk admire background korang yang cantik tu ek...
aku rasa cukupla lima tips untuk korang yang baru menjejakkan kaki kat dunia blogging ni..sebab korang akan belajor lebih lagi bila dah lama berblog nanti...orait??

keratsenget: buat blog itu senang...tulis entri tu senang...nak istiqamah tu yang perit sikit...

21 June 2011

Mencarik partner KS...

Syahadan

selepas aku berfikir panjang, aku dah ambik keputusan nak bukak KS ni untuk dikongsi bersama-sama dengan 2 orang lagi untuk menjadik admin kat KS ni...dan secara automatiknya, format KS akan bertukor dari blog yang semata-mata review blog kepada blog yang bercerita pasal blogosphera secara keseluruhannya...so, aku bukak application pada sesapa yang berminat nak join admin untuk KS ni....ok??cara-cara dia?

  1. hantorkan satu email menggunakan email yang korang nak gunakan untuk jadik admin kat KS ni...dan sertakan beberapa perkara yang aku akan pointkan kat dalam point seterusnya ni ek...
  2. Ceritakan skop yang korang nak cover kat dalam KS ni...cam contohnya korang nak bagi tutorial ke, nak buat review ke, korang nak cerita pasal isu semasa blog ke....pilihan skop korang tak tertakluk pada berapa bilangan...tapi sekurang-kurangnya kenala ada satu...ye tak??
  3. pastu bagi link blog utama korang untuk aku evaluate stail penulisan korang...yela...kena la tengok gak potensi korang cemana kan....
cukupla tu...so bagi sesiapa yang berminat, korang boleh la hantor email tu kat sini: "mus_jebat@yahoo.com" ...tolongla sebor-seborkan ek...

keratsenget: ni aku duduk terfikir lak....sampai bila aku nak open ni ek....hmmmm....okeh...aku bagi tarikh tutup dia sampai 19 Julai ni ek....bagi korang masa nak fikir dalam-dalam....

14 June 2011

Cara-cara untuk buat entri yang baik

Syahadan

Asyik review blog jek kan...aku pun terasa lak cam dah takde blog nak dipromote ni...lagipun offer untuk carik partner macam takde sambutan...gasakla....so sekarang ni meh aku bagi tips kat korang cemana nak buat satu entri yang baik...sekali-sekali, kita turunkan ilmu gak...betul tak??orang selalu cakap setiap blogger tu ada stail penulisan tersendiri...tapi untuk jadik sorang blogger yang ada stail penulisan yang baik, kita kena tau cemana nak buat tulisan kita tu nampak menarik walaupun tajuk yang kita ketengahkan tu biasa jek...meh sini aku share pendapat aku pasal penulisan entri....

  1. tips yang paling utama ialah pemilihan tajuk yang catchy...secara jujur aku cakap yang aku takde kebolehan ni..sebab nak pilih tajuk yang boleh buat orang tertarik ni agak susah...korang boleh amik contoh dari sok kabor...macam "Peniaga maut dijilat kucing"....cerita macam gempak jek kan??sekali baca cerita, rupanya nak cerita pasal kasih sayang peniaga tu tinggi..dia jaga kucing tu sampai masa dia dah meninggal pun, kucing tu jilat-jilat dia sebab sayang...macam penghormatan terakhir...betul tak?
  2. bila dah ada tajuk yang catchy, kita kena lak ada pendahuluan yang bombastic..supaya pembaca dapat mengekalkan momentum pembacaan...mengikut stail penulisan, kita bagi general idea, dan narrow downkan kepada apa yang kita nak katakan....penulis secara tak langsung akan mengikut flow penulisan kita dari awal sampai ke akhir...
  3. pemilihan isik jugak penting...cuba bagi isi yang kreatif dan tak terlampau typical...dan gunakan huraian-huraian yang mudah dan padat...sebab tak ramai yang suka baca benda yang meleweh-leweh...
  4. pemilihan bahasa jugak penting...elakkan dari guna bahasa yang terlampau akademik...kita gunakan bahasa yang dekat dengan pembaca...macam kita bercakap hari-hari...dan cuba selitkan sikit-sikit gurauan supaya mood pembaca tu kekal...
  5. cuba berikan contoh dan cerita dalam setiap point tu...sebab semua orang suka baca cerita dari pada fakta...
  6. cuba elakkan dari lari dari topik...perkara ni sangat merbahaya...sebab korang akan rosakkan mood pembaca nanti....
  7. macam maharaja lawak...letakkan punchline kat dalam entri korang....ayat-ayat yang korang rasa dapat timbulkan kesan pada orang yang baca..barula pembaca dapat semangat nak baca entri korang...
  8. aku lebih galakkan penggunaan ejaan yang penuh dari gunakan singkatan SMS...sebab tak semua orang faham dengan bahasa SMS yang korang gunakan....
  9. penutup jugak penting..pastikan penutup korang tu dapat meninggalkan kesan yang mendalam pada pembaca...barula korang dapat ekspresi "Fuhhhh!" lepas diorang baca...
  10. last but not least...semak dan semak dan semak lagi entri korang....bukan semak untuk error tapi semak untuk polish entri korang supaya jadik entri yang clean dan kemas...sama ada nak tambah input atau nak buang benda-benda yang tak berkenaan...
aku rasa cukupla tips-tips ni..ni pun dah kira banyak aku bagi ni...korang rasa ada  tak lagi tambahan??meh kongsi...

KeratSenget: nak carik topik yang menarik??fikirkan topik yang simple tapi orang tak terpikir...bunyiknya mudah...tapi nak buat tu susahkan??

05 June 2011

DIARI DALAM HATI

Syahadan

Kali ni berbalik pada blog awek balik..biasala...dalam dunia blog ni, memang banyak blogger awek dari jantan kalo nak dikirakan...ok kita straight terus pergi kat blog milik Haziqah ni...asal aku terjumpa blog dia ni sebab aku agak terkejut sebab muka dia ni sejibik macam ex aku...kecik-kecik pun lebih kurang...just bezanya ex aku tu waaaayyy older than her, pastu ex aku tu bukan orang Johor ek...then aku baca entri-entri dia ni, dan cuba nak memahami stail penulisan bebudak muda ni...payah dowh nak paham...almaklumla..aku menulis bukan stail orang bandor...hikhik...so jom kita tengok review blog dia ni ek...

dari segi appearance, aku susah nak describe appearance blog haziqah ni sebab dia ni antara blogger yang rajin mengubah appearance blog dia...mungkin nak bagi feel yang fresh bagi pembaca setiap kali pergi blog dia ni ek...tapi dia suka letak header besor yang terpampang muka cute dia tu sampai kengkadang buat aku terflashback dua tiga saat...hehe....gasak r...just satu jek...aku rasa aku lagi prefer header lama dia dari yang baru...takde reason sebab apa...just aku suka header tu jek...huhu...pasal widget lak, hmm...banyak widget tak semestinya bagus ek haziqah...make sure ada widget yang perlu jek...sebab kalo page ko makan masa nak load, orang terus jek tekan button x kat atas tab tu...orait?

dari segi penulisan, macam aku cakap tadi la...haziqah ni menulis stail budak-budak muda zaman sekarang...penggunaan bahasa yang simple, direct dan ada gelabah-gelabah yang boleh buat kita tersenyum sendiri baca...satu try yang baik...tapi tu kalo dia buat entri sengal..kalo dia buat entri jiwang dia...astaga...aku baca pangkal, aku baca hujung, pastu aku komen cepat-cepat....hihi....jujur ek...nasihat aku, stail penulisan ko memang dah ada dah haziqah...just perlukan sikit pengasahan supaya tulisan tu ada jiwa...mungkin ko boleh start membaca buku-buku yang bersifat "berat" lak lepas ni...lagipun, pompuan memang cukup pandai mengolah ayat dengan cantik...nak-nak bila diorang punya knowledge tinggi melangit...kan??

dari segi layanan lak, haziqah ni bukan blogger semata-mata blogger macam aku...dia jugak kaki online FB secara massive, twitter dan akaun social network yang lain....so, kalo korang nak mengharapkan dia reply komen atau jejak korang dengan cepat tu, mungkin tak la...tapi disebabkan ada basic social network tu, so dia mungkin takkan ignore jek kalo korang kunjung blog dia...sure dia akan buat kunjung balas jugak cepat atau lambat....kan??

keratsenget: so bagi korang yang berminat nak tau dengan stail penulisan cik Haziqah ni, korang boleh la klik kat gambor yang aku dah printscreen kat atas tu ek....