28 March 2011

YOUsoF : masih ada plan B

Syahadan


hai korang....arini aku nak buat review pasal blog yang satu ni lak...tapi sebelum tu aku nak bagitau yang aku macam kehilangan mood nak blogwalking dua tiga hari ni...so mungkin frekuensi aku buat review pasal blog lain kat KS ni makin kurang...tapi takpe...mungkin aku akan letak entri selingan kat sini ek...asyik review blog orang jek...penat gak kengkadang..betul tak?orait...kita masuk pasal blog YOUsoF ni...untuk pengetahuan korang, YOUsoF ni owner kepada satu lagi blog yang aku pun tak ingat apa link dia...tapi korang boleh la carik nanti ek...aku just nak review blog dia yang ni jek sebab ada stail yang fresh dan agak hebat gak kalo nak dikirakan...jom kita review blog masih ada plan B ni secara detail lagi ek...

orait...macam biasala...kita sentuh bab appearance dulu...YOUsoF ni memang sorang blogger yang agak bijak dalam pemilihan tona warna, dan susunan blog kalo nak comparekan dengan kebanyakan blogger laki yang lain...dengan background kosong berwarna biru lembut, pastu dengan header dia yang walaupun besor gedabak tapi tak berat...kena lak warna putih header tu memang sesuai betul dengan kaler background dia tu..so pendek kata memang sedap mata memandang, pastu tak makan masa nak load...so kalo nak tukor theme ke apa ke nanti YOUsoF, pastikan kena lagi terer dari skang ni...sebab yang sekarang ni pun dah agak gila babeng gak hebat design ko walaupun simple jek...tapi sebelum aku terlupa, widget jam tu kalo ko tak bubuh pun takpe kot...sebab kalo ko tak bubuh, mungkin boleh buat orang lepak blog ko makin lama sebab diorang tak tau berapa lama diorang dah melepak kat blog ko tu kan??

so skang ni kita masuk dengan stail penulisan lak...masa awal-awal aku follow blog ni dulu, aku agak tertarik dengan stail penceritaan YOUsoF ni sebab dia menggunakan thumbnail untuk menggantikan sesetengah perkataan...walaupun ada orang anggap tu macam menyusahkan, tapi aku rasa stail penulisan ko yang cenggitu la kreatif...tapi tu dulu...skang ni YOUsoF dah mula menulis dan develop skill penulisan dia...stail idea dia pun dah agak bagus...kira budak Ucop sorang ni dah boleh nak saing Iwan Dextrous dah ni...meningkat dengan pantas...kalo korang tanya aku, aku pun taktau kat mana lagi nak polish kat budak sorang ni...memang dah boleh berdiri sendiri dah ni...

so cemana dengan layanan lak??well, YOUsoF ni memang boleh dikatakan alert gak la dengan pengomen dia...selalunya dia akan comment back apa yang korang komen...dan ada kemungkinan dia akan jenguk balik blog korang kalo dia ada masa...kalo followers lak, tu aku taktaula...sebab aku sendiri komen dulu sebelum follow...dan aku tengok memang dia datang balik...hehe...lagi nak cerita apa pasal layanan??takde apa nak dikomen sangat pun pasal blog dia ni...nice nice and nice...tu jek yang aku boleh cakap....just aku rasa mungkin aku berharap YOUsoF akan buat satu entri yang betul-betul ada WOW factor...sure meletop la ko pasni nanti...kan??

keratsenget: amcam ucop??puas ati??kalo tak, aku dah redi dah pakai helmet dengan baju tebal ni...mana tau ko nak debik aku kan...owh...bagi korang yang nak melawat blog ni, klik jek kat gambor yang aku dah printscreen kat atas tu...

15 March 2011

Hangit Habis Dah

Syahadan






arini aku nak cerita pasal blog ni...ni pun atas sebab Meon dah duk bising-bising kat aku sebab aku duk sibuk review blog orang macam bagus tapi aku tak review blog ni....serius aku tak kenal sangat pemilik blog ni sebab dia rajin betul menutup identiti diri dia disebalik kecomelan, cerita berbelit-belit dan kemarahan dia dalam blog ni...tapi lantakkan benda tu dulu...kita nak review pasal blog ni...kalo nak dikirakan, blog ni bukan blog faveret aku nak review tapi aku kena gak review blog ni...jadik, penulis untuk blog ni sila ambik perhatian teguran keras aku pasal blog ni...boleh??

orait...dari segi appearance, benda yang aku nak tegur ialah header ko tu...amenda yang ko cuba nak sampaikan kat header ko tu bai??gambor simbol naga yang blur sebab pixel gambor yang copy paste tu rendah...lepas tu ada kesan contengan yang aku taktau apa motif dia...apa la motif ko ni bai...kena lak gambor background ko tu...aku taktaula tu ko buat sendiri ke atau mana ntah ko cedok...apa serabai sangat tu??okla...aku anggap gambor tu ko cedok kat google..tak boleh ke ko ambik jek gambor lain??tak pun ko buat jek default background color...sekurang-kurangnya ringan sikit blog ko tu...untuk widget tu, kira ko pandai sikitla..tak letak widget yang ntah apa-apa...tapi ko ingat sebab ko letak widget Kerat Senget dengan Gorengbaek, aku akan kipas ko bebaik ke??silap tu ek bai...buatla cara yang lebih hebat lain kali....

dari segi penulisan lak, aku just boleh cakap ko berani nak menulis stail dengan campuran makian-makian semua...tapi disebabkan tu, ramai yang tak berani nak komen kat blog ko bai...sebab diorang takut kang kalo diorang provoke ko, ko tetiba rage dan hentam diorang...jadik bai, aku just boleh cakap ko teruskan stail menulis cenggitu..tapi campurkan sikit dengan stail sarkastik...dan bukan jujur sangat dari hati..jadik kemungkinan orang dapat terima pendapat ko yang jujur tu..boleh??dari segi gaya bahasa?aku tak berani sangat tegur sebab ko guna loghat johor...owh..dan satu lagi...disebabkan aku rasa ko buat entri-entri ko semua one shot, tu yang membuatkan orang malas nak baca...so, apa kata ko fikirkan cara untuk buat orang baca keseluruhan entri ko...try bubuh interactive media ke, apa ke...bolehkan??

dari segi layanan lak cemana??dari segi layanan, memang takde apa nak aku komen..sebab dari pemerhatian aku, ko memang reply semua komen walaupun orang komen kat entri lama ko...mungkin ko letak notification supaya ko alert untuk setiap komen yang masuk...bagus tindakan ko tu...adakah brader pemilik blog ni akan sure follow back korang??dari apa yang aku rasa, pemilik blog ni lebih alert pada orang yang komen blog dia dan akan check secara berkala entri blog korang...kalo korang dapat tarik perhatian dia, mungkin dia akan follow walaupun korang cerita pasal cerita yang tak rage macam blog dia ni...jadik, nasihat untuk ko bro, keganasan tu penting untuk menegur tapi kita kena sediakan satu scheme untuk memaki hamun supaya flow makian kita tu jadik lebih cantik...belajor lagi dengan otai-otai bloggers...orait??

keratsenget: selesai dah review untuk blog ni...korang rasa owner dia akan rage tak kat aku kalo dia baca entri ni ek...kalo korang rasa berminat nak jenguk blog ni, korang klik jek kat gambor yang aku printscreen tu ek...

12 March 2011

JowoPinter

Syahadan





Pekabor korang arini??arini aku nak review kat korang satu lagi blog yang mempengaruhi cara aku berblog...blog ni milik brader Black Purple atau lagi popular dengan nama Jowo Pinter...ni antara blog yang bagi aku semangat yang berkobar-kobar nak berblog balik lepas lama aku abaikan GB dulu...aku tak berapa kenal brader BP ni selain dari dia ni budak Parit Jawa Muor, dan berpe'el budak Muor cam aku gak...tapi apa-apa pun stail penulisan dia memang selalu tarik perhatian aku dengan stail penulisan dia yang penuh artistik tapi macam ada tarikan istimewa yang buat kita ternanti-nanti entri seterusnya...serius aku tak tipu...jadik, meh kita kupas satu-satu pasal blog brader BP ni...

macam biasala ek...dari segi appearance...blog BP ni salah satu blog yang buat aku sador apa tu kepentingan blog yang ringan..dengan header gambor gunung yang taktaula apa maksudnya lepas tu background kaler biru langit tanpa apa-apa gambor, memang blog BP ni diperingkat ringan tak hengat...even kalo korang masuk blog dia dengan keadaan bandwith yang sangat bangsat pun, korang tetap akan rasa sekejap jek load kat blog dia ni...memang terbaik la ek...kalo nak diikutkan takde apa yang aku nak review pasal appearance blog ni selain dari kebijaksanaan brader BP ni membuatkan blog dia ni jadik ringan gila babeng...just satu benda jek yang aku ada sikit masalah...cemana aku nak follow blog ko bro??sebab ko pakai MyCommunity...so agak susah aku nak dapat alert kalo ko update...kalo dapat letak widget google follower mungkin makin ramai yang jadik pembaca setia kot...tak pun kalo korang tau cemana aku nak follow dan alert dengan update brader ni, inform la aku ek...sebab entri blog dia memang rasa macam rugi gila kalo terlepas...

dari segi penulisan, brader BP ni ada sedikit beza dengan Brader Muor76 tu...sebab dia tak menggunakan loghat Johor secara berleluasa...dia menggunakan bahasa melayu yang standard...dan kalo ada bahasa pasor atau omptuih yang dia masukkan, dia akan bold atau italic kan...so untuk adik-adik yang tengah belajor menulis, tak jadik masalah kalo baca blog brader BP ni...sebab dia dah tunjukkan perkataan yang sesuai dan tak sesuai untuk digunakan dalam peperiksaan...stail penceritaan??mantop bai...kalo tak mantap aku tak terpengaruh dengan stail brader ni menulis...dan siri kegemaran aku ialah siri "Cerita aku balik Muor"..dah banyak siri dan dia banyak kongsi gambor-gambor Muor yang memang menusuk kalbu kalo tengok...sebab kalo tak silap aku, aku layan blog dia ni dari masa aku kat UTP dulu..dan disebabkan entri-entri siri ni, buat aku rasa macam tak sabor-sabor nak balik...serius best...kalo korang tak percaya, korang pergila baca...memang gila betul stail brader ni...

dari segi layanan??brader BP ni antara blogger yang awal aku kenal mengajor aku kepentingan tuan rumah respon kepada setiap komen pengunjung...dan disebabkan aku tak pernah dapat follow blog brader BP ni, jadik aku taktau sama ada dia akan follow blog korang balik atau tak..yang aku tau, kalo aku komen blog dia, kengkadang kalo dia free dia akan komen balik kat blog aku..apa-apa pun, brader BP memang ada kat kelas dia sendiri...sama macam brader Muor76...best dan berpengaruh...dan kalo korang tanya aku, aku lagi prefer stail dua-dua anak Muor ni dari brader Ben Ashaari walaupun diorang takde follower ribu-riban atau SEO melambak-lambak...dan aku tetap letak kedua-dua brader ni sebagai role model aku dalam berblog...utamakan penulisan dari kutipan...bukan sebab diorang dari bandor yang sama dengan aku, tapi sebab stail blogging diorang yang supernice....

Keratsenget: kalo korang rasa korang pun nak dapat inspiration menulis dan ekspresi tak terkata aku pasal stail penulisan brader BP ni, korang bolehla klik kat gambor header dia yang aku dah printscreen tu...orait??

10 March 2011

Cakap tak gune tembak tak kene..

Syahadan

Ape kabor korang??aku rasa macam masa aku nak mengupdate blog ni dah makin berkurang dah ni jam...ada jek benda yang buat aku sibuk tak tentu pasal...takpe..abaikan tu..arini aku nak review kat korang salah satu blog yang mempengaruhi stail aku berblog...ni dia...blog brader Muor76...blog yang simple, takde gambor yang melambak-lambak, tapi stail penulisan dan loghat muor totok yang dia guna tu memang membuatkan aku sendiri pun tersemangat nasionalisme nak memperjuangkan loghat daerah aku sendiri...serius..kalo aku tak terjumpa blog brader sorang ni, aku sendiri pun rasanya berblog guna bahasa melayu standard..takdela aku guna loghat muor cam skang ni....jadik, aku boleh katakan yang blog brader muor76 ni memang sangat berpengaruh...walaupun dia jarang-jarang update...

so meh kita review appearance blog ni ek...benda pertama yang korang akan perasan kalo masuk kat blog ni, gila ringan...takde widget melampau, takde header yang gila-gila fancy, takde background kaler-kaler...tapi yang ada just background hitam dan tulisan tu jek...dah lepas tu baru keluor header brader muor ni...header dia sangat la rare sebab ada bendera muor kat situ...tak campur lagi dengan gambor feri muor yang dah berkubur lama tu..memang sangat memori bila tengok header dia tu..rasa macam aku nak cilok jek..tapi apakan daya...tu kan header dia...pasal appearance yang gila sempoi ni, aku memang takde benda sangat nak komen la..dah cukup nice dah tu...

cemana dengan stail penulisan dia lak??pertama sekali, pastikan korang faham loghat muor cukup-cukup...sebab brader muor ni memang guna loghat muor secara berleluasa...lagi baik kalo korang bukak glosari loghat muor kat blog aku tu sambil baca..boleh buat bahan rujuk...senang kata, aku memang terpengaruh la dengan cara penulisan brader muor ni..bahasa yang sempoi...tapi yang bezanya adalah stail penulisan...brader muor ni menulis pasal life dia sebagai sorang laki dan bapak kat dalam blog ni...ada jugak cerita pendapat dia sikit-sikit...ada jugak cerita pasal bundle terbaru...walaupun kengkadang cerita dia tu agak mendator, tapi disebabkan penggunaan bahasa dia, cerita tu pun boleh jadik menarik..so adik-adik yang asal dari johor tu, jangan segan-segan nak guna loghat sendiri ek kalo menulis...sebab abang muor ni dah buktikan yang loghat jugak salah satu faktor penulisan kita ni boleh jadik menarik gak..

cemana lak dengan layanan??orait..bagi korang yang just nak follow blog untuk dapat follower back, aku tak rekemen korang follow blog brader muor ni...nak-nak kalo korang bukan jenis yang sabor..sebab brader muor ni bukanla blogger tegar...dia akan follow back atau comment back bila dia free jek...tapi kalo dia dapat peluang nak online, aku rasa dia akan comment kat blog korang...nak-nak kalo entri korang tu kena dengan jiwa ala muor dia...jiwa ala muor??cemana tu??lebih kurang jek macam aku...kalo korang taktau nasibla kan??jadik aku rasa aku boleh review takat tu jek kat blog brader muor ni...sebab aku rasa blog dia ni macam dari dimensi lain...aku salute brader muor ni dari dalam jiwa aku dari start aku berblog dulu...rasa macam nak berdiri dan nyanyi lagu Allah selamatkan sultan la bro...huhu..

keratsenget: kalo korang nak tau kenapa blog brader Muor ni dapat mempengaruhi stail penulisan aku sampai jadik macam sekarang, korang boleh klik gambor yang aku dah printscreen kat atas tu...orait??

08 March 2011

::hAnYsApEk:: tentunya bukan ApEk

Syahadan



Dah beberapa hari ek aku terdiam dari update blog KS ni...bukan apa...aku memang dah aim blog awek sorang ni lama dah...tapi setiap kali aku masuk blog dia jek, header dia yang menunjukkan muka ceria yang seikhlas mungkin tu memang buat aku terlupa dunia...hehe...so dalam beberapa hari ni aku ingat aku nak review blog dia la...tapi asyik jek terpesona dengan senyuman dia..ecewah...ok...cukup meraban...jom kita tengok apa yang nak direview dari blog Hanys ni...orait??


dari segi appearance..selain dari header dia yang menarik hati, benda yang betul-betul buat aku rasa macam terpesona kat blog dia ni ialah warna tema yang dia gunakan...aku suka purple...dan blog dia memang dihiasi penuh dengan kaler purple...so nak cakap apa lagi kan??tapi bagi korang yang tak minat purple, tak kisah la...blog hanys ni sangat simple...susah nak carik blog awek yang simple macam ni...dengan menggunakan double framing, dia menggunakan frame untuk widget dia tu sebaik-baiknya...so takdela letak widget yang melambatkan load..asal masuk jek, laju jek pergi...even untuk pengguna broadband macam aku ni...so aku boleh simpulkan yang hanys ni sangat serius dalam blogging dan mengambil kira semua tips yang pernah blogger lain share kan...so untuk appearance, walaupun tak gempak, tapi pada aku ko dah pass with flying colours la bai...

dari segi penulisan lak...haaa...ni memang part kegemaran aku...hanys sorang blogger yang simple...serius...stail penulisan dia pun agak simple dan tak serabut kalo baca...even cerita yang dia sampaikan tu memang tak perlukan explainanation yang panjang untuk difahami...dan mungkin sebab tu entri dia banyak pendek-pendek...tapi still pembaca yang lain dapat faham apa yang dia nak sampaikan(kecuali entry bahasa omptuih aritu..aku dua tiga kali baca baru dapat tangkap...hihi..)..satu lagi..selalunya aku agak anti dengan blogger yang menulis dengan tulisan kejap kecik kejap besor..tapi hanys ni berjaya guna stail tu untuk mengutarakan emosi dan intonasi pembacaan...so tak jadik annoying...so ni boleh dikira macam satu kebolehan ko dalam menggunakan teknik larangan dalam blogging...salute la lu girl...selain tu, cemana dengan cara penyampaian hanys ni??dia jenis blogger yang macam echah mashuri...ikut sukahati dia jek nak tulis apa...dan selalu betul buat aku tersingai sorang-sorang kat depan Tenggiling ni...tapi kalo korang jenis yang berfikir panjang, korang akan dapat tangkap mesej moral yang nak dia sampaikan tu...so aku bolehla kata yang hanys ni sorang penulis yang bijak sama ada dalam dia sador atau tak...keep up dengan style penulisan ni, aku sure ko boleh jadik blogger yang hebat...

dari segi layanan lak cemana ek...hanys memang sorang awek blogger yang rajin menjawab komen korang...yep...mana ada blog yang aku promote tak reply komen korang kan??hehe...dan biasanya komen dia tu memang bernada nakal...dan bagi pengomen tegar macam aku ni, asal aku komen jek, aku tak sabor nak tunggu dia comment back...seronok tengok respon dia(walaupun kalo aku komen selama ni memang tak pernah serius pun)....follow back cemana lak??setiap blogger ada stail sendiri...dan aku rasa hanys ni akan follow blog korang balik kalo blog korang tu berjaya menawan hati dia...eceh...untuk kesimpulan semua-semua, aku boleh katakan blog hanys ni ialah blog yang simple tapi sangat bagus...dan pesanan untuk hanys, teruskan stail ko ni dengan sikit-sikit improvement, satu hari nanti ko boleh jadik antara blogger yang powerful walaupun orang cakap blog ko ni setakat blog yang simple jek...orait??

Keratsenget : ada satu lagi pesan....biasanya orang kecik-kecik ni otak dia lebih cekap ek Hanys...hehe...kalo korang berminat nak berkunjung kat blog Hanys ni, macam biasala...klik jek gambor yang aku dah printscreen tu...

07 March 2011

Behind These Eyes

Syahadan

aku rasa aku macam kurang berkeyakinan nak review blog milik cik HanimQatrunnada ni..sebab kalo nak dikirakan, aku takdela follow sangat perkembangan blog dia ni...aku sendiri pun boleh dikira baru gak join entri-entri dia ni...tapi takpe...aku try gak ek...sebab kalo dah nama manusia, kena la berani sahut cabaran...ecewah...preview bagi blog dia ni masa aku baru masuk dulu, agak berat gak la...tapi tu dulu...skang dah tak lagi...dan aku dapat nampak stail Hanim ni macam still mencarik-carik identiti dia dalam blogging...tapi jangan riso Hanim...lama-lama nanti ko akan dapat identiti tu dengan sendiri...even aku dulu pun cenggitu gak...kan??orait..meh kita pergi secara detail review tentang blog HanimQatrunnada ni...

dari segi appearance...sebab aku lama tak menjenguk blog dia ni, aku rasa terkejut masa baru nak printscreen blog dia ni...hambik kao terpampang muka dia besor kat depan skrin aku...hihi...takde offense ek...orait la header tu...nice...dari segi susunan blog, aku dah nampak yang Hanim ni memang takde masalah dalam stail susunan....kebiasannya blogger awek ni memang takde masalah kalo nak susun atur blog diorang...memang nampak cantik-cantik...walaupun background tu hitam sokmo, tapi orait la...sebab pada aku, takde background sama dengan cepat sikit nak load...kalo nak letak background memang kena kurangkan widget..tindakan yang bijak tu Hanim...untuk ni, standing ovation untuk ko...dan satu jek teguran....walaupun aku ni bukan jenis yang datang terus loncat kat chatbox tu, tapi kalo boleh ko naikkan sikit kedudukan chatbox tu...bubuh kat atas live traffic ko...sebab sekurang-kurangnya senang orang yang saje singgah nak blogwalking tu nak masuk dan keluor...tapi tu cadangan jek ek...tak buat pun takpe...

dari segi penulisan, aku dah cakap tadi...aku nampak ko macam baru nak mencarik identiti...rilex ek Hanim...nak dapat identiti tu sama jek macam artis baru nak dapat identiti...makan masa gak...lama-lama nanti ko mesti dapat buat satu stail yang orang cop ni stail HanimQatrunnada ni...ada potensi tu ek Hanim...dan ni just pendapat peribadi ek...frekuensi update yang terlalu kerap dalam sehari tu memang bagus untuk traffik tapi bagi aku, kalo satu hari satu entri pun dah mencukupi...sebab aku bagi can kat pembaca yang kengkadang tu online lambat...so diorang ada masa nak komen...tapi jangan riso...tu pendapat aku secara peribadi...lain orang lain stailnya....tapi secara overall, pada aku la ek...amalkan kaedah ni...dapat idea, tulis entri, baca, publish, baca, republish, rebaca...sampai ko rasa macam sangat puas hati...sebab kengkadang kita terlupa nak masukkan satu-satu info masa kita tulis...tu yang jadik cerita macam "tiba-tiba sahaja" jek...ko faham kan??

dari segi layanan...well...bloggers zaman sekarang ni sape yang tak layan commentor kan??walaupun follower dia tak ramai, tapi bagi blogger yang belum sampai setahun berblog, pencapaian Hanim ni dah cukup membanggakan...dan perangai dia yang suka follow back dan retrail mana-mana blog yang update tu memang sangat bagus dan satu masa nanti dia berpotensi nak jadik blogger yang super power...yang aku harapkan Hanim ni ada tujuan yang tepat, passionate dalam berblogging dan ambik contoh blogger yang dah agak lama dalam stail berblog...jangan setakat tengok stail satu blogger jek ek...ramai lagi blogger yang walaupun tak ramai follower tapi ramai yang pandang tinggi...okeh??

keratsenget: kalo korang rasa berminat nak tengok perkembangan blogger baru macam HanimQatrunnada ni, korang bolehla klik kat gambor atas tu untuk pergi blog dia ek...

05 March 2011

nora is my name

Syahadan





sampai gak turn minah sorang ni...takyah cakap banyakla...aku terus jek kategorikan blog milik noraliza atau noa ni sebagai blog yang sengal tahap alam semesta...seriously..first time jek aku datang blog dia dulu, terus jek aku cop...apa ke sengal minah ni??dan terus jek aku melekat baca entri sengal dia tiap-tiap kali dia update..tapi untuk noa, jangan butthurt ek...sengal-sengal pun aku tetap baca blog ko...sebab dalam kesengalan tu ada tersembunyi aura yang power...boleh kata setaraf kartun simple Abang Jonni tu...selain dari muka cute dan penulisan yang kengkadang ntah apa-apa, noa ni ada satu stail penulisan yang buat kita rasa cam best jek setiap kali kita baca entri dia...jadik, meh aku review blog noa ni dari perspektif aku...okeh??

dari segi appearance..what to say..korang boleh nampak dari gambor tu..nice tak nice dia dandan budak blog(ni panggilan dia untuk blog tersayang dia ni)...dengan berlatarbelakangkan gambor pagor kayu dan langit membiru sambil dihiasi scene macam orang menjemur gambor yang termasuk dalam washing machine, blog noa ni memang boleh dikategorikan sebagai blog yang agak cantik...lagipun susunan blog dia simple dan nice jek...even header pun dia tak bubuh...just dia letak nama blog dan description jek kat situ...sangat nice dan berciri blog yang world la...dari segi pemerhatian aku, memang takde apa yang mengganggu pun kat blog dia ni...memang nampak sangat noa ni sangat sayangkan budak blog dia sampai dia hiaskan budak blog dia ni dengan begitu teliti sekali...

dari stail penulisan lak, noa menggunakan bahasa yang gila simple, menggunakan stail penceritaan yang menggelabah ala-ala Yana MIB sampai aku terasa macam gila comel minah ni...ehem...jangan perasan lebih-lebih ek noa...dan aku sangat sukakan stail dia menceritakan kesengalan dia dan monolog dalaman dia yang sangat kelakor tak boleh blah...walaupun kelakor dia tu takdela sedahsyat echah mashuri kalo dia merepek, tapi tetap dapat buat aku tersenyum manja bila terbaca entri dia...nice try dan keep it up la noa...aku taktau nak suggest apa dari segi penceritaan dia..sebab dia bercerita pasal benda menarik dalam hidup dia..tapi aku ada cadangan...letak la gambor lagi...tak puas lak cuci mata ko letak satu gambor jek kat entri...hehe...

cemana dengan layanan??hummmm...noa ni kalo nak dikirakan agak payah nak mereply komen...tapi tu bergantung pada mood dia masa tu...kalo mood dia sangat baik, dia akan reply setiap orang yang komen...kalo tak berapa baik, dia akan reply selected comment...tapi kalo takde mood, jangan harap la dia nak reply..hihi..jadik noa, reply la selalu...kami merindukan kata-kata mu mereply komen kami selalu...hehehe..tapi aku perasan satu benda...noa kengkadang rajin miss comment yang agak terlambat comment...so, mungkin cadangan ko letak notification mail setiap kali ada comment tu agak membantu...tapi tu bergantung kat ko la kan...kalo taknak buat pun takpe..sekurang-kurangnya commentor akan berebut-rebut nak buat satu comment yang dapat buat ko reply comment diorang balik...cemana dengan refollow??yang ni aku agak kurang pasti...tapi kalo noa ni ada masa, aku rasa dia akan tetap pergi kat blog korang dan tengok sama ada dia berminat atau tak nak baca entri korang..kalo tak berminat, dia tak follow...kalo dia berminat, dia follow kot...tapi tu assuming aku jek la...apa-apa pun ko tetap terer la noa...susah aku nak carik blog awek yang dapat kekalkan tahap kenakalan diorang macam ko ni...huhu...

keratsenget: aku perasan ko dah kurang sebut nama Ally skang ek noa...taknak ganti kan nama Ally tu dengan Along lak ke??hahaha..

04 March 2011

fyezrahman.blogspot.com

Syahadan






hari ni turn fyezrahman lak...dia ni sorang awek nursing yang boleh kita kategorikan sebagai manusia yang mesra alam gak la...kat dunia luor aku taktau...tapi kat dalam dunia cyber ni, toksah cakap...kenapa aku berminat dengan stail blog ni??nanti aku akan kupas satu persatu...tapi secara total aku cakap...blog milik fyezrahman ni aku boleh simpulkan cukup menepati stail shojou manga...ataupun senang kata manga stail awek-awek...tapi versi tulisan la ek..takde gambor-gambor komik yang lemah gemalai...

jadik kita terus jek pergi kat appearance dia...well what to say...blog fyez ni memang cukup cantik...dengan background kaler pink berserta polka dot kegemaran dia tu...memang aku boleh simpulkan yang takde awek yang tak jeles tengok betapa cutenya dia hias blog dia ni...cemana pulak dengan susunan??kalo dah cantik, korang fahamla..tak serabut..masih ok...dan keberanian dia letak gambor dia tanpa editing kat header tu memang sangat dikagumi..maklumla ek...aku sendiri rajin pulak nak bubuh gambor aku kat blog sendiri...hihi...takde apa yang aku nak komen kat appearance blog dia ni...dah nice giler dah...even aku yang bukan awek pun bajet blog dia cantik....apa lagi awek-awek sekalian kan??

dari gaya penulisan pulak, well..macam aku cakap...membaca kat blog fyez ni memang sebijik macam baca shojou manga...penggarapan yang berhati-hati, neutral dan penuh daya pemerhatian sorang wanita...kalo jantan-jantan rock macam aku ni pun boleh nampak peralihan emosi dan jugak dapat faham apa yang nak disampaikan...so fyez ni boleh dikatakan sebagai penulis yang sangat teliti...topik yang diketengahkan oleh fyez?boleh kata macam-macam gak...tapi banyak yang lebih pada pengalaman dia sendiri..sangat nice untuk kita baca...walaupun ada yang letak stail ni macam sampah, tapi aku appreciate sebab sekurang-kurangnya pengalaman yang ko ada tu, aku boleh ambik dan rasakan macam pengalaman aku sendiri...ni pun dikira sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman gak..betul tak fyez??

dari segi layanan, well..blog fyez ni walaupun followers dia agak ramai, tapi pengomen dia takla meriah mana...ni bukan kutukan atau apa...tapi mungkin sebab orang terasa leceh dengan stail embedded comments..tapi pada aku benda tu tak jadik masalah sebab blog dia ni tak berat pun...fyez memang akan respon pada sape-sape yang comment blog dia...dan untuk dia datang balik kat blog korang??kalo ada masa sure dia datang...lagipun macam aku cakap awal-awal dulu...fyez ni sorang yang mesra alam dalam dunia cyber ni..tak sombong...kan??dan aku sure kalo fyez ni kena promote atau dia rajin promote blog dia, ramai pembaca yang sanggup jadik pembaca setia dia sebab stail penulisan dia yang ada gaya tersendiri...

keratsenget: fyezrahman adalah sorang awek nurse yang cukup berhati-hati dari segi penulisan...jadik kalo nak letak stail menulis yang unik ni, aku boleh cabar dia buat stail penulisan setaraf J.K Rowling kalo dia betul-betul berpengalaman dan kaji dengan lebih dalam lagi..amcam fyez??dapat sahut cabaran aku tu?

03 March 2011

Review tok guru Kerat Senget : Tukang Komen

Syahadan

pergghhh...kali ni aku nak review memang boleh bergigil lutut kaki bai...ni blog abang besor ni..selalu aku review blog yang gempak dan ada potensi..tapi kali ni aku nak review blog yang ada pengaruh gak...blog ni milik Irwan yang bukan jek owner blog ni tapi 5 blog lagi yang semuanya bertaraf psiko skizo...tapi aku taknak review blog lain...aku just nak review blog yang menimbulkan semangat aku untuk review blog orang...blog tukang komen ni ialah blog yang bro Irwan ni cipta untuk komen tentang entri blog bloggers dan jugak kongsikan pendapat dia pasal dunia blogging ni...seriously aku respek stail bro Irwan ni...memang sangat lain dari yang lain...

jadik, dari aku admire dia lebih-lebih kat pendahuluan, jom kita loncat terus pergi kat appearance dia...kalo korang dapat tengok dari gambor yang aku printscreen tu, blog dia memang simple yang amat...dengan header dia yang ada maksud mendalam..tu pun kalo korang cuba baca setiap dialog box yang ada kat header tu...blog bro Irwan ni memang tak berat untuk load...mana kan tak..yang ada kat blog dia ni just background yang totally kelabu, latest comment, follower dengan link-link untuk blog-blog dia yang lain dan jugak blog-blog mangsa dia...jadik kalo aku bukak banyak-banyak tab satu masa, memang blog dia ni antara awal yang habis load...tak berat pun bai..blog dia tak seberat tulisan dia yang makan dalam...

dari segi penulisan, aku tau bro Irwan ni sorang yang berpengalaman banyak dan berpemerhatian tajam...kalo tak, cemana dia boleh review blog yang kengkadang aku sendiri pun tak faham...stail bro Irwan menulis?ada masa dia puji, ada masa dia hentam secara sarkastik, ada masa dia sinis tapi penuh makna...kalo nak compare overall, serius aku salute 3 crown kat bro Irwan ni..tak main calit-calit dah...bahasa yang bro Irwan ni gunakan, bergantung pada blog yang dia komen, bergantung gak pada mood dia pada masa tu..ada masa dia guna bahasa yang direct dan senang difahami...ada masa gak dia guna bahasa ala-ala puisi yang buat aku termenung nak digest(biasanya aku tak komen kalo cenggini..takut lari tajuk)...tapi secara total aku boleh katakan..bro ni ada gaya penulisan sarkastik berani mati...sampaikan blog obefiend yang tak ramai berani sentuh tu pun bro ni selamba jek hentam kalo dia nak...kalo aku, pikir tiga pat kali gak bai...mati aku nak komen blog dia secara terbuka cam ko..

cukupla dari segi penulisan ek...dari segi layanan lak cemana??aku lebih selesa katakan yang blog tukang komen ni lebih berstail forum...bukan tuan tanahnya jek yang respon...tapi kengkadang, pengomen tegar blog dia pun kengkadang membantu dan respon pada komen korang kat blog dia...dan dari blog ni la aku dapat rasakan semangat blogging yang asal...macam masa aku awal-awal blogging 2,3 tahun lepas...dan pengomen-pengomen ni pun akan rajin jenguk blog korang kalo korang dapat tarik perhatian dia...cemana dengan Bro Irwan ni??dia pun kengkadang akan join komen sekali...cemana dengan follow back??satu jek aku boleh cakap...kalo Bro Irwan follow blog korang, maksudnya korang kena bersedia untuk dikomen secara psiko oleh dia...takdela teruk cenggitu...tapi bro Irwan ni sangat sporting...macam kat GB, dia follow aku..walaupun jarang komen, tapi sekali dia komen, memang rasa macam precious gila...sebab sangat detail...dan blog ni memang aku rekomen habis kalo korang nak join...

Keratsenget: aku paling ingat komen first bro Irwan kat GB..komen dia memang menaikkan semangat aku yang memang down gila nak blogging dulu...jadik, kalo korang berminat, klik jek kat gambor atas tu..ok??

02 March 2011

Memori Hidupku

Syahadan

Akhirnya sampai gak turn akak sorang ni...blog ni milik kak RozSyah atau aku panggil sebagai kak ros jek...untuk pengetahuan korang, kak ros ni antara orang yang kuat menyokong aku masa aku baru memula nak kenal dunia blog ni...kira dia ni seangkatan dengan Yana MIB, nabilah2908 dan fiezah91...kalo dari YanaMIB aku banyak belajor teknik untuk blogging, nabilah aku banyak belajor stail blogging secara professional, fiezah91 aku banyak belajor skill blogging merepek yang boleh diterima, tapi dengan kak ros ni aku belajor cemana nak jadik sorang blogger yang sentiasa berwatak cool...seriously kak ros ni memang cool...walaupun blog dia ni tak la se"top" blogger lain, tapi antara blogger yang aku respek dengan stail blogging dia...kak ros banyak mengajor aku jadik seorang yang passion dalam dunia blogging ni...kalo tak dulu, aku rasa macam tak bersemangat jek nak blogging ni...so, meh aku review blog akak ni secara cool gak...agak-agak jadik tak??hihi..

ok...start kita bercerita pasal appearance kak ros ni...ni dari pendapat aku secara jujur la ek kak...kak ros ni kalo tak silap aku ni kali kedua dia tukor template untuk blog dia...ada la dia ubah sikit-sikit...tapi dalam memori aku, template dia ni memang yang paling aku ingat sekali...dengan tema dark purple kat belakang, pastu gambor awek ala-ala model fashion, seriously aku tau yang akak ni minat seni rekaan...tapi satu jek kak yang aku rasa agak terkurang sikit...mungkin sebab binatang widget tu, atau header yang berat, jadik masa untuk aku load kat blog aku ni kengkadang agak memakan masa...mungkin akak dah ada solutionnya tapi belum sempat nak edit...bukan sebab apa...kak ros ni memang pekerja gomen yang sangat komited...so dia tak la macam aku yang ada masa nak edit-edit appearance blog aku ni kalo aku terasa beratnya dah sampai tahap obesiti...tapi takpe kak...keberatan blog akak tu takdela melampau sangat...sebab aku pun online guna broadband...dan aku takdela ambik masa sampai 10minit nak load blog akak ni..paling pun 2,3 minit jek...tapi apa-apa pun kak...kalo aku jadik ko, aku pun sayang nak alter appearance ni...dah cantik dah tu...

dari segi penulisan, kak ros ni memang bercerita dengan stail dia yang tersendiri...sebab setiap cerita yang dia sampaikan mesti buat aku berfikir dengan dalam...dari stail penulisan dia memang menunjukan kematangan kak ros ni..dan sekaligus kalo kita baca blog dia, kita rasa macam kita pun boleh dapat pengalaman tu sekali...aku memang suka stail akak menulis cenggini dan aku sangat respek stail akak...sangat matang...sangat berharga untuk kitorang yang baru nak mengenal hidup ni...selain tu, kak ros pun rajin post projek-projek gomen yang dia handle...kira macam kalo kita baca blog kak ros ni, kita boleh dapat info pasal kursus-kursus yang dibuat oleh pihak gomen...so bagi korang yang sangat memerlukan kursus-kursus ni, blog kak ros ni memang sangat tepat untuk korang...lagipun dia akan bagitau secara detail nama kursus tu, kat mana, masa, attire, semuala...kira macam blog kak ros ni bukan just untuk luahkan perasaan, kongsi pengalaman, tapi tetap ada info-info dan update-update terbaru pasal dunia professional ni...takdela pengetahuan kita setakat tau apa wayang terbaru, lagu terbaru, artis terhangat...so, memang tak salah niat akak untuk kongsi benda ni...aku sangat salute pasal info-info yang akak kongsikan kat kitorang ni...lagi satu kak, boleh tak kalo akak ada masa tukor kan stail comment box tu pada pop up??sebab kengkadang termakan masa sikit la nak komen tu..kalo takleh pun takpe....sekurang-kurangnya akak tak letak word verification tu...

dari segi layanan, disebabkan kak ros ni sorang pekerja gomen, biasanya dia akan layan komen korang pada waktu bekerja jek...tu pun kalo dia dapat curik-curik masa nak jenguk blog...kang ada pulak yang komplen pekerja gomen sibuk blogging dari kije kan...selain tu, kalo kak ros ni tak de kije, mungkin dia akan cucuk komunis(maxis = marxist = komunis) dia pada waktu senggang...dan sepanjang pengalaman aku melayan blog kak ros ni dari awal aku blogging, dia tak pernah tertinggal untuk reply komen korang...ratio kak ros untuk jenguk blog korang dan follow??aku taktau la keadaan kak ros ni kan...tapi aku assume kak ros kengkadang sempat jenguk beberapa blog dan jadik silent reader jek...itu pun kalo dia ada masa dan takde gangguan internet...tapi bagi aku, aku faham sangat keadaan kak ros sebagai pekerja gomen ni...jadik walaupun dia tak balas kunjungan aku, aku tetap akan appreciate kesudian dia mereply komen aku kat comment box dia...serius terasa macam dapat respon dari menteri blogging..hihi..

kerat senget: kak ros memang aku boleh anggap sebagai ikon blogger yang keras semangat...followers tak ribu riban takpe...comment tak sampai ratus-ratus pun takpe...yang penting, niat nak menulis tu kuat dan tak luntur...aku suka sangat semangat kak ros ni...selamat maju jaya la kak ros ek...

01 March 2011

Soffie Soffea's

Syahadan

kali ni aku nak buat review pasal bakal cikgu pulak..tu dia..bakal pendidik bangsa...Soffea ni memang sorang penulis yang ada kelas dia sendiri dan cara dia bercerita pun agak teratur...aku pun tak berapa kenal sangat dengan soffea sebab kejarangan dia update blog membuatkan aku susah nak evaluate psikologi dia..tapi, in short, aku boleh cakap blog dia ni memang ada stail yang tersendiri..nak tau sebab apa??ni la yang aku nak cerita ni..

memula kita cerita pasal appearance blog dia dulu...soffea ni memang sorang yang sangat menarik perhatian...sampaikan background blog dia pun dia bubuh kaler yang merah sangat tu makngah...gila r...sape yang tak tertarik nak tengok...walaupun takde corak-corak atau paten-paten kat background dia tu, tapi kaler merah tu dah cukup untuk bagi isyarat untuk suruh korang "Stop" dan singgah untuk baca entri dia....blog soffea ni memang berani...dia tak letak apa-apa widget yang boleh mengganggu sela masa nak load blog dia tu...so blog dia ni jadik ringan jek...tapi, ada satu benda jek yang aku tak puas hati kat blog soffea ni dari segi appearance...dia punya magical link widget tu dah jadik panjang sangat sampai aku selalu bajet bendalah tu entri...nasib baik takde komen kat situ soffea...kalo tak, sah-sah hari-hari aku klik kat situ nak komen...serius ni...tapi apa-apa pun, appearance blog ko yang simple dan tak memberatkan tu memang sangat bijak stailnya...

dari segi penulisan lak, disebabkan soffea ni bakal cikgu, dia punya stail cerita takla berterabur macam aku atau Iwan Dextrous...tak jugak stail kecoh-kecoh macam echah mashuri atau Yana MIB...tapi stail dia memang sangat tersusun...walaupun dia cerita pasal ketakpuasan hati dia, tapi dia bercerita dengan gaya yang sangat santai dan tak la ganas sangat...jadik, bila kita baca entri dia, kata takkan jadik emosi lebih-lebih...tapi kita akan jadik lebih membina untuk bagi dia cadangan yang baik...even kalo dia maki-maki kat dalam blog dia pun, aku rasa macam "alahai..lemah lembutnya awek ni marah..."..jadik, ko memang berbakat merembeskan aura positif la soffea....sebab tu aku respek stail tulisan ko...dan satu lagi, soffea ni menulis dengan menggunakan font yang agak kecik...so kalo mana-mana pakcik yang nak baca, standby la cermin mata ek...tapi mungkin tu silap kat aku gak kot baca...maybe appearance tulisan blog ko tu nampak kecik kat skrin aku jek...kat skrin orang lain besor gak..jadik, kalo ko tak rasa cenggitu, ko kekalkan la ek..

dari segi layanan lak cemana??soffea ni sangat sombong...haha..palat tak aku??dia takdela sombong...soffea memang akan layan setiap orang yang komen blog dia...dia even kengkadang lawat balik blog orang yang dah komen tu...tapi tu dengan syarat dia tak sibuk la ek..kalo dia sibuk, memang korang tunggula lama sikit...baru dia respon...lagipun aku tengok frekuensi soffea ni mengupdate pun agak slow dah sekarang...mungkin sebab dia dah praktikal dan takde masa nak melayan blog ni sangat...banyak kije rumah dan preparation nak kena buat sebelum kelas...so, kengkadang tak cukup masa nak blogging...tak kisah la tu..yang penting, dia tak abandon follower dan commentors blog dia ni...kan??

keratsenget: so secara kesimpulannya, soffea ni memang ada kelas yang tersendiri dalam blogging...dan tak rugi kalo korang kosentret baca entri dia..sure dapat input yang bagus gak kalo baca..so, kalo korang berminat nak baca entri soffea dalam blog dia ni, korang just klik jek kat gambor atas tu ek...