23 August 2011

Bila Heavy Metal menjadik Bossanova

Syahadan

Aku memang suka dengor lagu Heavy Metal...tapi jangan kelaskan aku dengan geng-geng penyembah setan atay apa....aku just suka bunyik string diorang yang heavy dan macam ridiculous tu  jek...tapi bila aku terbukak jek video ni, aku terasa macam, sanggup sungguh diorang buat cenggini kat lagu Iron Maiden the Trooper ni....

yang ni versi asal...


yang ni lak versi Bossanova....


sekarang semmmuaaaa orang dah boleh layan lagu Iron Maiden...hahahahahhaa....

Kerat Senget: ni semua kije Andy Rehfeildt...lagu-lagu heavy, dia pergi mainstream kan..yang mainstream dia pergi heavy kan...adehhh....

22 August 2011

Pakcik yang comel....

Syahadan

video ni dah lama dah ada dalam simpanan aku...so korang tengok jek la ek...maybe ramai yang dah tengok benda ni...
Kerat Senget: Geri''ll always be my favourite character in Pixar's animation...

18 August 2011

WTF is this??

Syahadan

Aku cuba untuk digest apa mesej disebalik iklan ni...tapi aku tak faham...takpela..just anggap Japan is the land of superheroes...abis cerita....




Kerat Senget: sampai ke iklan pun ada pengaruh superhero...memang powerla...haha

16 August 2011

Video yang buat aku rasa geli-geli

Syahadan

Ni merupakan video dari salah satu band rock yang agak terkenal...Queen...yang nyanyi lagu "we are the champion" tu...ni pun salah satu lagu diorang...kalo tak salah aku tajuk dia "I want to break free"...tapi masalahnya, kenapa video ni dia ni buat aku betul-betul rasa geli-geli...korang tengok la ek...



Kerat Senget: haaa...apa lagi??fap..fap...fap...hahhaa

12 August 2011

KS contest : Haziqah buat contest – What reminds you of me

Syahadan

Disebabkan aku dah lama abandon blog ni, dan aku rasa aku nak support dak Haziqah ni, so aku bercadang nak join walaupun ni first time dia buat contest....disebabkan contest ni nak aku cerita pasal apa yang buat aku teringat kat Haziqah ni, so aku bercadang untuk copy paste entri dia yang dah lama mengungguli carta KS selama ni...sebab kat situ ada cerita kenapa aku boleh teringat kat Cik Haziqah ni ek...boleh?

gambor ini kena ditukor sebab prasyarat contest kan??hehe....
Kali ni berbalik pada blog awek balik..biasala...dalam dunia blog ni, memang banyak blogger awek dari jantan kalo nak dikirakan...ok kita straight terus pergi kat blog milik Haziqah ni...asal aku terjumpa blog dia ni sebab aku agak terkejut sebab muka dia ni sejibik macam ex aku...kecik-kecik pun lebih kurang...just bezanya ex aku tu waaaayyy older than her, pastu ex aku tu bukan orang Johor ek...then aku baca entri-entri dia ni, dan cuba nak memahami stail penulisan bebudak muda ni...payah dowh nak paham...almaklumla..aku menulis bukan stail orang bandor...hikhik...so jom kita tengok review blog dia ni ek...

dari segi appearance, aku susah nak describe appearance blog haziqah ni sebab dia ni antara blogger yang rajin mengubah appearance blog dia...mungkin nak bagi feel yang fresh bagi pembaca setiap kali pergi blog dia ni ek...tapi dia suka letak header besor yang terpampang muka cute dia tu sampai kengkadang buat aku terflashback dua tiga saat...hehe....gasak r...just satu jek...aku rasa aku lagi prefer header lama dia dari yang baru...takde reason sebab apa...just aku suka header tu jek...huhu...pasal widget lak, hmm...banyak widget tak semestinya bagus ek haziqah...make sure ada widget yang perlu jek...sebab kalo page ko makan masa nak load, orang terus jek tekan button x kat atas tab tu...orait?

dari segi penulisan, macam aku cakap tadi la...haziqah ni menulis stail budak-budak muda zaman sekarang...penggunaan bahasa yang simple, direct dan ada gelabah-gelabah yang boleh buat kita tersenyum sendiri baca...satu try yang baik...tapi tu kalo dia buat entri sengal..kalo dia buat entri jiwang dia...astaga...aku baca pangkal, aku baca hujung, pastu aku komen cepat-cepat....hihi....jujur ek...nasihat aku, stail penulisan ko memang dah ada dah haziqah...just perlukan sikit pengasahan supaya tulisan tu ada jiwa...mungkin ko boleh start membaca buku-buku yang bersifat "berat" lak lepas ni...lagipun, pompuan memang cukup pandai mengolah ayat dengan cantik...nak-nak bila diorang punya knowledge tinggi melangit...kan??

dari segi layanan lak, haziqah ni bukan blogger semata-mata blogger macam aku...dia jugak kaki online FB secara massive, twitter dan akaun social network yang lain....so, kalo korang nak mengharapkan dia reply komen atau jejak korang dengan cepat tu, mungkin tak la...tapi disebabkan ada basic social network tu, so dia mungkin takkan ignore jek kalo korang kunjung blog dia...sure dia akan buat kunjung balas jugak cepat atau lambat....kan??

 mangsa tag ialah:
  1. Iwan Dextrous
  2. emy cecep
  3. Kalo aku nak masukkan ko boleh tak Haziqah??haha~~~
sebelum habis, aku nak letak benda ni sebagai kenang-kenangan kat entri aku...haha...sebab ayat "di muka bumi ini" tu memang takleh blah....


Kerat Senget: rasa terpanjang lak entri ni...haha..btw...terer tak aku rembat video ko??hahahaha....kalo ko nak carik link, macam biasa format KS...digambor itu~~~

05 August 2011

Selamat tinggal Kerat Senget....

Syahadan

Selepas aku berfikir selama beberapa hari, aku dah mula rasakan yang kerat senget ni dah makin aku lupakan...aku rasa kesian kat followers dan pengunjung blog ni sebab aku dah abandon blog ni gila-gila babi...jadik, aku ambik keputusan untuk ucapkan selamat tinggal kepada blog berformat reviewing dan blogosphere yang bernama Kerat Senget ni...

tapi korang jangan sedih ke apa ke...sebab aku tak berniat nak tutup terus pun Kerat Senget ni..tapi aku nak buat penjanaan semula kat Kerat Senget ni...apa nak jadik kat Kerat Senget??aku taktau....korang tengok jek nanti..maybe aku akan buat blog ni lebih bersifat general dan tak terikat pada blogosphere jek...maybe blog ni akan jadik tempat pembuangan sampah aku kot....hehe...

buat masa ni aku tengah berbincang dengan cecep untuk join venture nak usahakan Kerat Senget ni...maybe kitorang akan open lagi untuk beberapa blogger lain....so, see you when I see you then...

KeratSenget: semenjak baru create sampai sekarang, aku rasa dah berapa kali dah aku tukor format kat KS ni....hmmmm.....

01 August 2011

Perkara tipikal yang berlaku kepada dunia blog Malaysia pada bulan Ramadhan

Syahadan

Sebelum aku mulakan entri aku kali ni, izinkan aku untuk ucapkan kat korang semua Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..semoga korang puasa penuh untuk tahun ini ek...so, mari kita berbalik pada topik entry kita hari ni...Macam yang dah ditulis pada tajuk di atas, aku dah lama perhatikan pattern ni dari dulu lagi...penulis blog kat Malaysia ni memang mengikuti trend semasa cenggini dalam menulis entri...apa patternnya ek...

  • bila kita sebut pasal bulan Ramadhan, pada awal bulan Ramadhan ni, akan melambak-lambak la entry yang mengucapkan Selamat berpuasa atau menyambut Ramadhan...well...aku tak kisah sebenornya...ianya benda yang bagus...ramai yang cuba buat stail yang kreatif untuk sampaikan ucapan puasa tu...ada yang buat video, ada yang tulis entri menarik-menarik, ada yang sharekan flash application, ada yang letak gambor-gambor berformat .gif...memang rasa meriah...yang tak menariknya, bila ada yang hanya menulis ucapan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq semata-mata...lepas tu entri tu dibiorkan sepanjang-panjang bulan Ramadhan...tak elok la cenggitu...buat la beberapa entri yang menarik untuk dikongsi...at least korang tak buat pembaca korang ingat yang korang pun sama dirantai dengan setan-setan kat bulan puasa ni kan??
  • tu perkara yang menarik masa awal Ramadhan...then kita tengok sampai abis bulan Ramadhan...hampir semua bloggers akan guna pattern yang sama...share benda-benda yang berbentuk Islamik...yang kebanyakannya aku dah baca kat IluvIslam...sebenornya tak salah kalo nak share benda-benda yang berbentuk Islamik...ianya bagus..walaupun kebiasaannya tak menjemput trafik yang sangat tinggi..tapi takkanla sampai hampir semua blog sharekan benda yang sama?kengkadang kalo bukak sepuluh blog, sepuluh-sepuluh rasa macam deja vu..entri ni rasa macam dah baca kat blog A dua tiga hari lepas...entri ni lak macam kat Blog D hari tu...be creative...takkan copy paste kot...kata blogger powerful..ye tak??
  • ni pun aku rasa macam agak kurang...hampir semua blogger akan cuba buat entri yang playsafe sepanjang bulan ramadhan ni...dah takde entri yang bersifat luahan perasaan melampau, dah takde entri sarkastik menusuk kalbu, dah takde entri nakal-nakal...semua jadik pious and serious..umpama macam diorang mengumumkan kat dunia bahawa semua entri-entri diorang yang best-best sebelum ni datang dari bisikan setan kat telinga....tak salah untuk menulis entri yang sarkastik...tapi janganla sampai mengaibkan sangat orang tu...kalo kita dari start menulis dengan berhemah, tak jadik masalah kalo kita terpaksa menulis dengan sedikit limitation pun...betul tak??
  • ni jugak pattern yang agak biasa...bagi penulis yang jenis menaip pada waktu malam atau pagi-pagi buta, tak habis-habis share pasal apa benda yang korang makan masa berbuka ataupun apa yang dimakan masa bersahur...adehh...bukannya tak boleh...tapi korang membuatkan kitorang terpaksa buat komen yang korang pun taktau nak respon apa...sebab komen yang korang dapat just "sedapnya", "lama tak makan.." , "nanti nak try la.." and sort of...boleh kalo nak share in case makanan korang tu terlampau la peliknya..ni kalo setakat makan nasik goreng kampung dengan teh O ais, takyahla upload...
  • dan ini jugak satu benda yang selalu aku terbaca sepanjang bulan puasa ni...well...aku suka google orang bercerita pengalaman kelakor masa berpuasa....dan ramai yang buat tajuk dengan penuh bangganya "Pengalaman kelakar semasa berpuasa"...tapi end up dengan terlupa yang hari tu puasa dan diorang termakan...mannn....benda tu tak kelakor...pada aku benda tu tragis...try to write a different genre to be funny can you??pegi kat GB dan carik entri puasa aku time 2009...well...penceritaannya memang kurang baik tapi ianya idea jugak...betul tak??
aku rasa cukupla aku bercerita pasal pattern menulis kebanyakan blogger Malaysia sepanjang puasa ni...kalo korang tak percaya, korang boleh perhatikan sendiri...so tu jek yang aku boleh share...see you when I see you lads..

KeratSenget: sampai masa aku rasa maybe blog ni pun akan kena karam gak....lebih senang nak tumpukan perhatian pada dua blog daripada tiga kan??