08 March 2011

::hAnYsApEk:: tentunya bukan ApEk

Syahadan



Dah beberapa hari ek aku terdiam dari update blog KS ni...bukan apa...aku memang dah aim blog awek sorang ni lama dah...tapi setiap kali aku masuk blog dia jek, header dia yang menunjukkan muka ceria yang seikhlas mungkin tu memang buat aku terlupa dunia...hehe...so dalam beberapa hari ni aku ingat aku nak review blog dia la...tapi asyik jek terpesona dengan senyuman dia..ecewah...ok...cukup meraban...jom kita tengok apa yang nak direview dari blog Hanys ni...orait??


dari segi appearance..selain dari header dia yang menarik hati, benda yang betul-betul buat aku rasa macam terpesona kat blog dia ni ialah warna tema yang dia gunakan...aku suka purple...dan blog dia memang dihiasi penuh dengan kaler purple...so nak cakap apa lagi kan??tapi bagi korang yang tak minat purple, tak kisah la...blog hanys ni sangat simple...susah nak carik blog awek yang simple macam ni...dengan menggunakan double framing, dia menggunakan frame untuk widget dia tu sebaik-baiknya...so takdela letak widget yang melambatkan load..asal masuk jek, laju jek pergi...even untuk pengguna broadband macam aku ni...so aku boleh simpulkan yang hanys ni sangat serius dalam blogging dan mengambil kira semua tips yang pernah blogger lain share kan...so untuk appearance, walaupun tak gempak, tapi pada aku ko dah pass with flying colours la bai...

dari segi penulisan lak...haaa...ni memang part kegemaran aku...hanys sorang blogger yang simple...serius...stail penulisan dia pun agak simple dan tak serabut kalo baca...even cerita yang dia sampaikan tu memang tak perlukan explainanation yang panjang untuk difahami...dan mungkin sebab tu entri dia banyak pendek-pendek...tapi still pembaca yang lain dapat faham apa yang dia nak sampaikan(kecuali entry bahasa omptuih aritu..aku dua tiga kali baca baru dapat tangkap...hihi..)..satu lagi..selalunya aku agak anti dengan blogger yang menulis dengan tulisan kejap kecik kejap besor..tapi hanys ni berjaya guna stail tu untuk mengutarakan emosi dan intonasi pembacaan...so tak jadik annoying...so ni boleh dikira macam satu kebolehan ko dalam menggunakan teknik larangan dalam blogging...salute la lu girl...selain tu, cemana dengan cara penyampaian hanys ni??dia jenis blogger yang macam echah mashuri...ikut sukahati dia jek nak tulis apa...dan selalu betul buat aku tersingai sorang-sorang kat depan Tenggiling ni...tapi kalo korang jenis yang berfikir panjang, korang akan dapat tangkap mesej moral yang nak dia sampaikan tu...so aku bolehla kata yang hanys ni sorang penulis yang bijak sama ada dalam dia sador atau tak...keep up dengan style penulisan ni, aku sure ko boleh jadik blogger yang hebat...

dari segi layanan lak cemana ek...hanys memang sorang awek blogger yang rajin menjawab komen korang...yep...mana ada blog yang aku promote tak reply komen korang kan??hehe...dan biasanya komen dia tu memang bernada nakal...dan bagi pengomen tegar macam aku ni, asal aku komen jek, aku tak sabor nak tunggu dia comment back...seronok tengok respon dia(walaupun kalo aku komen selama ni memang tak pernah serius pun)....follow back cemana lak??setiap blogger ada stail sendiri...dan aku rasa hanys ni akan follow blog korang balik kalo blog korang tu berjaya menawan hati dia...eceh...untuk kesimpulan semua-semua, aku boleh katakan blog hanys ni ialah blog yang simple tapi sangat bagus...dan pesanan untuk hanys, teruskan stail ko ni dengan sikit-sikit improvement, satu hari nanti ko boleh jadik antara blogger yang powerful walaupun orang cakap blog ko ni setakat blog yang simple jek...orait??

Keratsenget : ada satu lagi pesan....biasanya orang kecik-kecik ni otak dia lebih cekap ek Hanys...hehe...kalo korang berminat nak berkunjung kat blog Hanys ni, macam biasala...klik jek gambor yang aku dah printscreen tu...

2 comments:

Hanys Najib said...

prenggan pertama: ang nak ngipas aku ke? ok ok, nah choki-choki 1, anda berjaya mengipas dgn bijaknya! haha! ;p

prenggan ke-2: weh! 1 of my feberet kaler jgk ahh.. high five sket!

prenggan ke-3: entry omputih ari tu? yg simple tu?hahaha.. malas senanye aku nak hurai panjang2, sape pandai, hurailah sendiri apa yg ter-sirat ter-surat ter-urat, hihi.

prenggan ke-4: *speechless* trase seperti air mata meleleh, air hidung meleleh, air liur meleleh *ok! tipu*, auhhh..tacing...heeee.. *wink2*

prenggan last: aku kecik ke? aku pendek je, tp beso! hahaha
;p


akhir kata, TQ Along for this review!


(tetibe tringat segmen review aku pulak, aisehh..ble nak buat ni.. T__T

^^

Along Tapa said...

hAnYS

mana ada aku ngipas...aku nak ngorat tu..hahaha...

aku sendiri pun kengkadang terlupa gak aku kena review orang kat blog ni...hahha