01 April 2011

Beberapa perkara tentang blog yang kita taktau...

Syahadan

macam aku dah bagitau pada entri lepas.. aku mungkin takkan review blog pada setiap entri sebab kengkadang ada blog yang masih dibawah evaluation untuk aku review...kengkadang tu makan masa lama gak sebab aku nak tengok perkembangan dan nak carik hidden capabilities bagi sorang blogger tu...lagipun kalo aku tak perhati dalam-dalam, macam mana aku nak bagi syor untuk korang tambah baikkan skill blogging korang kan?

ok..so untuk hari ni, aku nak kongsi kat korang tentang beberapa fakta menarik tentang dunia blog yang kita sendiri pun taktau...maklumla ek..ada sesetengah orang yang just blogging sebab terpengaruh dan terus tersangkut kat dunia blog ni macam aku...so jom kita tengok apa fakta-fakta best pasal dunia blogging ni...buat tambah trivia yang ada dalam kepala kita kan?

  1. ni aku rasa hampir semua orang tau ek...blog berasal dari perkataan web log yang bermaksud catatan web...tujuan asal kewujudan blog ni untuk sesetengah orang kongsikan pendapat, pengalaman dan cerita kehidupan diorang yang mungkin dianggap menarik untuk dikongsi...dan fungsi komen ditambah supaya pembaca-pembaca dapat menyuarakan pendapat dan saranan kepada blogger untuk ceritakan peristiwa apa lagi supaya pembaca seronok baca..
  2. Blog boleh dikategorikan kepada beberapa stail. Kebanyakan blog adalah tentang penceritaan dan lebih kepada stail penulisan. so, maksudnya stail aku berblog adalah stail traditional blogging..tapi, semakin lama semakin banyak stail blogging yang diketengahkan. contohnya Art blog(fokus kepada seni..termasuk komik, lukisan etc), photoblog(gambor-gambor yang kelakor atau menarik), videoblog/vblog(berblogging dengan video), MP3 blog(blog yang berkisarkan tentang lagu-lagu terkini termasuk kongsian MP3 terbaru) dan podcasting(meletakkan streaming audio lagu-lagu supaya pengunjung dapat dengor lagu yang diorang sharekan)..ada jugak yang menggunakan stail Microblogging iaitu menulis post-post pendek macam status korang kat FB atau entri sia-sia macam Ben Ashaari..haha..
  3. Perkataan web log dikenalkan oleh Jon Barger pada 17Disember 1997 dan istilah blog digunakan oleh Peter Merholz yang sengaja buat joke dengan memecahkan perkataan weblog menjadik "we blog" kat blog dia..
  4. ni mungkin korang taktau..tau tak sebagai blogger, kita sebenornya ada BlogDay? yup kita ada BlogDay. benda ni ada diletakkan kat website BlogDay.org...sambutan BlogDay ni diorang letak sama dengan hari kebangsaan kita iaitu 31 Ogos..sebab kalo tarikh tu ditulis cenggini "3108", kita dapat resemblance dengan perkataan Blog...pada BlogDay ni, biasanya blogger-blogger akan memperkenalkan 5 blog kepada pengunjung blog diorang...so pengunjung akan kenal dengan blogger-blogger yang baru dan menarik...
  5. Blogger jugak ada code of conduct yang membuatkan kita dapat jadik sorang blogger yang passionate dan tak mudah goyang dengan hentaman..nak-nak dari anon yang kengkadang sorokkan identiti diorang bagi menghentam stail penulisan kita...so meh aku kongsi blogger's code of conduct ni...

    • bertanggungjawab bukan sahaja pada entri yang korang tulis, tapi pada komen yang korang bakal terima..sebab tu owner untuk blog diberi kuasa untuk "hilangkan" komen yang boleh bawak kepada provokasi.
    • tetapkan tahap toleransi pada komen-komen yang melampau(abusive comments). kalo ada komen yang melampau tapi kita boleh terima, kita bidas dengan berhemah..tapi kalo komennya tu dah tahap melampau nowh, baruk kita gunakan kuasa sebagai pemilik blog..."hilangkan" komen tu...
    • pertimbangkan perbuatan "menghilangkan" komen dari anonymous...ni bagi memberi peluang kepada komuniti yang bukan blogger untuk bagi pendapat diorang...sebab ada masanya, anon ni takdela jahat pun...kan?
    • lantak pi kepada trolls..bagi korang yang taktau, trolls ni istilah bagi puak-puak yang komen untuk provoke dan buat korang sakit ati jek...sebab tu digalakkan kita abaikan jek diorang ni...
    • kalo nak open perbualan, takyahla buat semasa online..cakap jek depan-depan..tak pun carikla medium nak berborak..macam YM contohnya...
    • kalo korang kenal sesapa yang berpe'el teruk, cakap jek diorang teruk...
    • elakkan menulis benda yang korang takkan cakap in person..sebab kalo korang kena serang, cemana korang nak cakap kalo korang tak sanggup bertanggungjawab dengan apa yang korang tulis..kan??
jadik, tula antara perkara tentang blog yang kita tau..tetiba lak aku rasa panjang lak aku membebel kali ni kan??bukan apa..saje nak bagi korang tau serba sikit pasal dunia blogging ni.. 

keratsenget: aku sendiri pun ada benda yang aku baru tau macam BlogDay tu...ada tak lagi info yang korang tau pasal dunia blogging ni??jom kongsi...

11 comments:

Anonymous said...

ur blog ur style. ngaaa~
eh btol ke ape sy bce entri sia2 cm BA? ayokkkk~

Along Tapa said...

i am S!L4H

setiap orang ada pendapat memasing silah...kalo macam aku, aku memang tak gemor sangat stail Ben Ashaari sebab dia lebih kepada mencarik untung dengan blog...tak macam stail blogging yang sebenor...

ainzoo said...

aku pulak, suke je share pape citer yang aku suke...xdehal la ade nk komen @ tak (tapi, kolo komen, aku pun rajen gak g jenguk blog dia...kira macam kunjungan balas & ble kenal2 kawan baru).kadang2 lebih bersifat suke2 sendiri..ala2 open diary..

Motif aku berblog sekadar medium untuk aku luahkan apa yg aku rasa.Kolo ko perasan, aku xbuh pun pape nuffnang ke, apa ke. Tah..untuk aku, niat aku ikhlas untuk merapu tah pape. Aku xsalah kan sesapa pun dlm hal ni..tu hak memasing..terpulang pada tuan punya tanah..ada yang nk cari untung, ada yang sesaja, ada yang angat2 taik lembu, mcm2 ragam..

itu je la pendapat aku..aku ni pun time ada masa, ada ar gatal tangan naip blog..time malaz @ bz, blokwoking pun tak dan aku nk wat..


:D

Along Tapa said...

ainzoo

haha..bukan ko jek cenggitu...aku pun sama...ni pun bubuh nuffnang sebab dulu blogger tak letak function keyword tu..syok gak tengok orang main search2 kat blog...hihi

merahitujambu said...

setiap blog ada pendapat masing2..kadang2 pendapat kita org tak suka.kata gedik laa apala..tapi tu kan blog kita..masing2 punya pendapat beza2..tgok ada blog lain kemain komenya..tapi xde laa best mana..xth laa kalau pembca ni pilih rupa

Jeely jelly said...

woo.. byknye blog yg anda ade...

Along Tapa said...

merahitujambu

dah nama pun catatan web...ikut suka la ek nak tulis cemana pun...


Jeely jelly

aku pun dah rasa semak ni Jeely..banyak nowh lak nak handle..

Anonymous said...

owh mcm tu... emm yela bkn semue org rse seronok dgn ape yg org lain buat kn. heee~

Along Tapa said...

i am S!L4H

tau takpe...tapi kita boleh cuba untuk carik apa yang lebih..kan??

Anonymous said...

ha bole2. heee. tp kan kalo ade peminat BA tu bace ape yg bro tulis x de ape2 ke. kang terbang kuali plak kt cni. haha

Along Tapa said...

i am S!L4H

selalu dah kena kuali terbang...biasala tu...kan??