30 July 2011

Topik-topik yang digemari oleh rakyat Malaysia

Syahadan

selalu aku duduk fikir yang aku rajin tinggalkan blog yang satu ni hanya sebab ianya hanya berlegar di dunia blog sahaja...takde kena mengena dengan hal lain...dan aku pun semenjak dua menjak ni macam tak cukup masa nak pergi melawat satu demi satu blog...jangankan kata blog yang ada kat list...blog sendiri pun kengkadang main curik-curik masa nak bagi respon atau apa-apa...sungguh tak baik aku ni...ok abaikan....

hari ni aku nak bercerita pasal topik-topik yang biasanya digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia dalam melayani blog-blog yang makin lama makin banyak ni...aku tak bercerita pasal genre blog atau apa-apa tapi jenis entri yang biasanya orang akan tertarik untuk baca..jadik ni antara pemerhatian aku dalam pemilihan jenis entri yang biasanya buat ramai orang tertarik...

  1. Entri yang berkaitan dengan makanan
    selalunya entri yang berkaitan dengan makanan memang menarik ramai orang untuk berkunjung dan baca...bukannya sebab orang kita ni kebulur atau jakun...tak...tapi orang kita memang suka makan...dan diorang suka untuk explore makanan-makanan baru yang diorang tak pernah cuba...kena pulak entri pasal makanan tu siap letak gambor makanan tu dalam bentuk ready to eat....serious orang suka tengok dan baca...tapi, jika ada komen, korang jangan terasa marah pula kalo yang mengomen tu just berlegar-legar antara komen "nampak sedap", "terasa nak makan", "teringat dulu pernah makan", ataupun "lapar...lapar"...
  2. Entri yang berkaitan dengan seks
    kebanyakan orang kita memang suka bercerita pasal seks...tak kira dalam nada berlawak, sarkastik ataupun serius...dan selalunya jika cerita pasal seks tu terlampau terbuka dan takde censorship dan penulis tu bernada serius takde stail melawak-lawak, makin la ramai yang sibuk baca dan menoceng sambil membaca entri tu...dan selalunya, bila diorang dah puas melayan perasaan diri, jangan terkejut ek kalo korang dapat komen yang bertopengkan tuhan, hadis dan kitab-kitab nak menunjuk alim...
  3. Entri pasal diri sendiri
    aku tengok ramai yang dah buat stail blogging cenggini...even aku pun kengkadang buat...tapi kita kena jelas pasal satu perkara...jika kita ini ialah sorang artis terkenal ala-ala Shaheizy Sam...ataupun kita ada muka yang lawo macam Fatin Liyana, kita tulis hari ni bangun tido, potong kuku, bergolek-golek pun boleh jadik satu entri yang menarik...sebab orang suka...cubala kalo kita ni muka macam Along Tapa, sumpah takde sape pedulik...paling pun orang bukak, baca lepas tu cakap "Cibai r gedik..bajet diri tu macam Brad Pitt la orang sibuk nak tau apa dia...tengok-tengok...ada gambor camwhore lagi...bajet cute la.."....
  4. Entri copy, paste and altered
    stail entry cenggini ramai jek yang cakap budak-budak baru nak belajor blogging jek yang buat...tapi aku cakap blogger yang dah lama pun ada gak buat cenggini...korang boleh check blogserius...dia copy berita dari tempat lain, paste kat dalam blog dia dan altered berita tu sikit sebanyak dan buat stail dia....voila~...here comes the crescendo...sama jek macam entri aku kat GB..hampir semua aku copy paste and altered dari cerita orang, apa yang aku baca, apa yang aku nampak....nothing's original isn't it?
  5. Entri kontroversi
    serius stail entri cenggini memang paling ramai orang baca...tak kisah la gosip pasal artis ke, menteri ke, apa-apa jek la..tu tak kira lagi entri haters, entri bernada menghasut....ye...orang kita memang suka entri cenggini sebenornya...dan jauh di sudut hati diorang, diorang bersorak gembira walaupun kat komen box tu diorang nasihatkan korang kaw-kaw...kenapa aku cakap cenggitu?diorang baca entri korang dari mula sampai habis, share kat tempat lain...dan kengkadang diorang baca and baca lagi....pastu nak komen, diorang komen menghentam korang...sebab nak menjaga tengkuk memasing sebab taknak kena tangkap atau terjebak sekali dengan apa yang korang tuliskan tu....
aku rasa cukup parat tu aku cerita pasal topik-topik dalam entri yang selalunya rakyat Malaysia suka baca...so kalo korang ada pendapat sendiri, kongsila walaupun aku tau blog ni la blog yang paling sunyi dalam semua blog aku...ahahahaha...

Keratsenget: VoilĂ ! In view, a humble vaudevillian veteran, cast vicariously as both victim and villain by the vicissitudes of Fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a by-gone vexation, stands vivified and has vowed to vanquish these venal and virulent vermin vanguarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition. The only verdict is vengeance; a vendetta, held as a votive, not in vain, for the value and veracity of such shall one day vindicate the vigilant and the virtuous. Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me V.

    No comments: