10 July 2011

Trend baru blogosphere....

Syahadan

Selepas kita dibuaikan dengan keindahan alam blogging, betapa damainya bila kita berblog, cemana hebatnya seseorang yang berblog, tak salah rasanya kalo aku bercakap pasal trend blogging...kalo dulu, pada tahun aku start berblog...dalam tahun 2005...atau 2007 officially kalo ikut tahun aku start bersama dengan Gorengbaek, kita boleh tengok banyak stail berblog....ada yang cerita pasal kehidupan sendiri, ada yang berkongsi pasal perjuangan diorang menentang kanser, ada yang bercerita pasal politik, ramai yang bercerita pasal agama, dan ada jugak yang bercerita secara satira pasal hidup...dan beberapa tahun selepas tu, muncul la genre-genre blog yang baru....

ada yang menulis pasal kisah cinta diorang yang dulu kitorang tak pernah cerita...sebab anggap benda tu sebagai private stuff...ada yang bercerita pasal fakta dan auta....ada yang share gambor menarik...macam-macam la...tapi semakin ramai bloggers muncul, stail berblogging aku tengok dah macam jadik satu trend....bermula dengan trend mari buat tag...kemudian muncul mari join contest...lepas tu muncul trend mari bergabung tenaga buat satu blog baru...dan sekarang ni dah muncul trend yang baru dan aku pun tak faham kenapa...

nak tau apa trendnya??ye..mari kita bersama-sama menjadik superhero alam cyber....disebabkan pengaruh blog dah makin dahsyat, orang dah makin ramai yang mula menyatakan pendapat masing-masing untuk satu isu yang hangat...dan semua nak kata yang diorang betul...benda ni tak bagus untuk pembaca yang bukan blogger....nak tau kenapa??sebab terlampau ramai blogger yang cover topik yang sama...dan kita dah jadik macam media massa...suka atau tak suka, semua berita cover berita yang sama...jadik, mana pergi originaliti kita??

aku tak cakap tak boleh nak cover satu topik yang hangat...contohnya macam perhimpunan bersih yang baru habis semalam....tapi kita just perlu cover topik tu sekali, luahkan semua pendapat kita, dan move on pada topik lain....sebab tu penting bagi blogger untuk ada pengetahuan yang tinggi...sebab diorang perlu buat satu entri yang betul-betul bagi kesan sepanjang tempoh kejadian tu, lepas tu done...cover berita lain yang lebih menarik perhatian...bila dah jadik macam tu, jangankan kata pembaca makin seronok membaca blog...kita sebagai blogger pun tak bosan nak buat blogwalking...ni tak..kalo dalam 100 blog aku buat blogwalking, 99 cerita pasal benda yang sama untuk sepanjang minggu...sebab tu aku stop blogwalking terus....apa ntah...

KeratSenget: dan disebabkan tula kita tak boleh nak ikut sangat stail blog sampah yang hanya mengejor traffik dan SEO...lebih baik utamakan apa yang kita cuba sampaikan dan apa reaksi pembaca...

No comments: